Showing posts with label CERT. Show all posts
Showing posts with label CERT. Show all posts

Wednesday, May 25, 2011

Medical Check-Up, Cukuplah di CERT, pengalaman di Kebabangan Petroleum

Assalamualaikom,

Well aku dah siap medical checkup, nanti clinic akan fax ke HQ. Owhh, kak Hanim messenger dgn aku, dia nak jumpe aku sebab nak balek beg dia yang aku terambil. Dia citer laa warga2 CERT pegi baca email2 yang aku kutuk diorang. Aku sebenarnya memang sengaja tak nak delete email2 tuh, cuma aku fikir balek, biar laa diorang membuka mata atas kesilapan diorang. Last2 Kak Hanim plak jadi bahan perli, kata diorang suroh bertaubat...

Ok, aku agree sangat2 idea bertaubat tuh..
Aku berjanji pada diri aku takkan buat benda2 macam ni, at the same time aku harapkan diorang nampak laa silap diorang. Kekadang bila kita nak sesuatu tuh terjadi, kita kena korbankan sesuatu dari diri kita jugak kan. 

Kesilapan tetap kesilapan, dosa telah pun dilakukan, yang penting aku dah mintak maaf kat diorang sebelom aku blah. Aku yakin lagi lama aku dok situ, lagi bertimbun laa dosa aku mengumpat. Ini pun antara rezeki yang ALLAH bagi kat aku. Apa yang aku nak dari CERT bukan sekadar gaji, malah ilmu percuma dalam perbankan Islam. 

Semalam masa aku amek offer letter kat Tesco, aku didatangi Sofia yang tak pakai tudong, staf HR gak, budak baru sebulan situ. Bila aku tengok dia, aku tanya laa keje kat Tesco ni best ke tak? Sebab aku keje dgn 100% muslim, asyik jadi bahan umpatan jer... Sofia kata kat sini ok jer, semua orang hormat antara satu sama lain. Sofia, biarlah kau tak bertudong asalkan mulot kau tak jahat...

So....alhamdulillah...
Aku dah tak dudok dengan mulot2 jahat. Kekadang memang sakit hati memikirkan diorang2 tuh balek, tapi sampai bila kan... Adakah aku silap tak delete email2 tuh? Jawapannya... tidak. :)
Biar laa orang kenal aku ada baik buruk.. Yang baik memang takkan dipandang, yang buruk jer jadi rujukan. Resam hidup dengan MUSLIM di MALAYSIA.

***************************************

Lega sket hati ni..
Now, mari citer pasal Kebabangan Petroleum (KPOC)..

Long time friend aku, Anas Safwan yang aku kenal sejak skolah teknik Shah Alam ni, rezeki dia bukan calang2...

Dia pun macam aku, buat Exec Diploma in HRM kat Universiti Malaya, tapi dapat keje Oil n Gas company, Kebabangan Petroleum kat menara berkembar petronas.

Aku jumpa dia around 6pm kat Starbucks KLCC, lepak, borak2, pastu dia bawak aku naek ofis dia..

Cantik, subhanallah... Pantri dia mengadap luar KL tuhh... Aku tak amek gambar laa sebab aku rasa tempat2 macam ni confidential kan.... Bila aku fikir2 balek, tempat ni lagi best dari CERT, F*ckop dan orang2 dia pun lebey matang... Seriously, 1000 times better. Walaupun environment nampak best, tapi selagi kau keje dengan manusia, selagi tuh laa masalahnya sama jer berat..

Aku harap2 sangat Tesco nanti sama macam KPOC. Aku dapat rasa yang aku sesuai keje kat environment macam KPOC ni. Takpe nanti aku keje kat Tesco, pandai2 laa aku amek gambo... Langit aku insya ALLAH akan cerah. Terasa geram lagi neh kat CERT, tapi disebabkan aku dah tak involve dengan konspirasi2 gelap, maka aku rasa bersyukur pada ALLAH...

Berbalik pada citer KPOC, aku dijamu oleh Anas dgn Pian burger ape ntah, sket punye tebal, beli kat Keramat, RM 6.00. Kenyang gilerr... Sementara tunggu contractor2 Maxis upgrade cable 4G kat ofis tuh, aku teman2 laa Anas, borak2 sampai laa pukul 10.30 malam.

I guess...that's it for today. Sket2 perasaan geram kat CERT akan hilang bagai buih di ombak. Insya ALLAH aku bertaubat, mudah2an aku akan teros diberikan petunjuk.. Amin.







Sunday, May 22, 2011

Better offer, kita tinggalkan mereka yang bersifat hasad

Assalamualaikom,

Umi aku pegi Cruise keliling Asia, hope dia ok. Hari ni member aku Nadrah kawen dgn Steve @ Hamzah, dari US. Semoga berbahagia.

Bini aku ada parents-teachers day  kat tadika, everything's ok.

So, ape yang aku nak citer ni?

Sekarang ni aku kat tempat keje kat 277,Tmn.Melawati.




Lepas Asar kena prepare folder untuk event esok. Buat dengan Ayob,and maybe kak Ana. Aku malas nak buat keje dengan Ayob bukan ape, sebab dia ni moody, perangai macam haram. Suka buat muka ketat, ada skali tuh hempas2 barang kat aku. Celaka btol.

Kak Ana plak, nama jer pakai tudong laboh, tapi perangai macam setan. Dah laa bersuami anak dua, suka "makan daging" aku dengan kak Hanim, yang turot akan resign 27hb May ni. Hari tuh aku dapat interview dengan Tesco, memang best giler tempat keje dia, suasana pun corporate.

Alhamdulilah aku dapat keje kat situ, aku mula 30hb, sebagai HR Assistant (HRA). HRA ni banyak jenis skop, dan aku plak kena skop recruitment, yakni kena carikan pekerja untuk Tesco. Mula2 tuh memang aku malas laa kan sebab aku dah ada bad experience dengan Intelek Recruitment dulu2.
Terigt kat Luxshummie yang celaka tuh...

Aku ingatkan aku yang ada problem, rupa2nya bila aku dah blah pun, recruiter2 laen pun resign gak sbb tak tahan. Yang bestnya, semalam aku dapat call dari ZooNegara, interview HR Executive pada Selasa ni, pukul 2. Aku ingat nak pegi laa jap.. Kalo dapat ZooNegara, aku accept kot, sebab dia GLC kan. Senang dapat loan/financing,  interest rate pun murah. Wallahualam...




Kak Hanim plak dapat keje kat area Jalan Ampang, tapi dia nak gi interview kat college nama Consist kat Ulu Klang. Kalo dia dapat keje situ, senang laa sebab umah dia dekat2 sini jer. Kesian kak Hanim, dia suroh aku berenti sekali
dengan dia sebab dia takut tade kawan. Aku jer kawan dia kat 277 ni. Ape taknya, ada manager macam sial, English plak berterabur, bodoh sombong.

Aku  memang tak leh laa keje dengan orang2 yang buat perangai mcm budak2 universiti, skolah. Ni tempat keje, kena sama2 tolong. Tak leh laa fikirkan diri sendiri, pas2 kalo orang tuh tak reti nak buat keje, kena condemn giler2, jeling2, buat muka.

Kalo nak komen pasal bos plak, Encik Aziz, teros terang aku kata, memang bos paling baek dalam Malaysia. Kau tak boleh cari laa orang sebaik En. Aziz. Tapi sayang, dia sendiri kena pijak dengan pekerja sendiri. So, macam mana dia nak jaga kebajikan pekerja yang teraniaya macam aku dgn Kak Hanim kan?

Kak Ana tuh asalnya nak resign, tapi last2 dia tak jadi resign.

Masa aku dapat keje Tesco tuh, aku bgtaw kak Hanim yang aku rasa berat hati jer nak tinggalkan tempat ni sebab En. Aziz. Lepas tuh, Kak Hanim pun bukak laa citer, dalam 2 hari lepas dia dapat tahu yang Ana dgn Ayob cuba nak kick aku dari company. Aku menyiram laa kan! Celaka btol...

Aku rasa macam nak resign hari tuh gak, tapi kak Hanim kata, jangan laa...
Well, I'm still here. Lega rasanya bila dapat offer kat tempat lain.

Walaupun begitu, aku dapat ilmu yang paling berharga, yakni cara2 nak manage riba dalam money market. Aku kan speculator, so aku masih buat research untuk speculate duit cara Islamic. Hari tuh aku speculate Silver, untung gak laa sket. But at least dah jadi depan mata yang aku meraih keuntungan.

Mudah2an ALLAH teros bagi aku petunjuk...amin.

Wednesday, April 13, 2011

Event pertama aku, permulaan yang cemerlang di Hotel Istana.

Assalamualaikom,

Its 8.25pm, kat ofis di Taman Melawati sorang2..
Kalo nak diikutkan, memang penat laa kalo nak citer back from square one tapi aku cuba laa nukilkan mudah2an menjadi kenangan yang abadi bila aku baca balek entry2 ni di masa tua kelak.

Bateri dua2 handphone dah abes, bini aku sure byk kali call sbb aku x angkat…

Sambil mendengar lagu “Tekad” dari Hazami di Youtube, tengah pikir kat mana nak mula neh…

Fine…
Aku dah keje kat CERT selama seminggu. Aku start 4hb April, now dah 13hb. Mula2 tuh agak kekok sebab ye laa kan tempat keje baru. Lama2 tuh aku boleh laa bawak diri.
Aku keje sebagai Management Trainee – Event Coordinator, yakni tugas aku adalah organize event seminar yang berkaitan dengan perbankan Islam.

Event aku yang pertama, Shariah Legal Issues on Islamic Banking & Capital Market, bertarikh 11hb – 13hb April di Hotel Istana. It was fun, aku jadi MC dan facilitator sepanjang kursus ni.

Woww..at dis point aku dah mula terfikir..banyaknye aku kena tulis kat entri ni.. 

Dipendekkan citer…

Keje aku was fun!
Aku dibimbing oleh Ayub, senior aku, yang muda dari aku, kepala pun giler2..
Time jaga event memang rilex giler, makan tak berenti2. Yang bestnya time lunch, kitorang geng2 event ni makan kat hotel punya diner laa kan, makanan sedap2 giler, jimat duit belanja aku. Aku tak sangka rezeki aku lebih baek daripada kat Francorp dulu.

Aku still remember sebelom aku amek keputusan nak berenti, bos aku dulu kata..

“Kau jangan bubuh nama Francorp kat dalam resume kau. Kalo diorg buat background check, aku akan kata jangan amek orang macam kau! So pileh, kau nak bagi surat tunjuk sebab atau berenti!”

Esoknya jugak aku bagi surat berenti!

Well, lupakan laa kesah lama…

So, pada 12hb, masa hari kedua seminar, Ayob bagi aku peluang baring2 kat bilik hotel yang ditempah untuk speaker. Asalnya bilek tuh memang untuk speaker, last2 dia tak nak, so kami2 ni laa yang rembat!





Time aku baring tuh, aku terfikir betapa indahnya pengalaman hidup aku ni. Betapa sistematiknya ALLAH pandukan hidup aku. Daripada keje 6 bulan dalam maki hamun, sekarang ni dapat bos yang pendiam, x citer banyak, keje plak memang best, gaji pon lebey! J

Cuma biasalaaa…
Aku takut nanti benda2 best ni bersifat sementara..
Mudah2an aku tabah laa hadapi cabaran2 mendatang kat ofis baru ni. Lagipun aku akan jaga event, jarang dok ofis kan… Tade laa kaitan dengan politik ofis ke, kipas bos ke…

Owhh..baru teringat, malam ni member aku, Lian Hua nak hantar cupcake yang aku order 30 bijik. So aku call umah, mak aku angkat, report laa handphone aku bateri flat, kat ofis lagi..

Sepanjang aku keje seminggu ni, dah banyak nasihat dan experience-sharing aku dengan Ayob, Kairul dan Abg Razib… Laki pun x ramai..

Aku, Ayob, Kairul, Abg Razib, Hasmi, Hj. Ahmad dan Bos… 8 orang laki.

Kak Ana (nak berenti dah), Hanim (baru masuk dgn aku), Kak Shikin (nak berenti gak), Norita (kot…pengganti shikin), Kak Siti, Kak Mas, Kak Lin, Bini Bos ……    8 orang pompuan.

Owhh… designer sorang dah berenti hari ni, x sempat nak confirm keje..

Alhamdulillah laa, time bercerita pengalaman2 lalu ni, diorang amek positif dan insaf laa dari ape yang aku share. Masalah diorang kat sini ni senang jerr, yakni diorang rasa keje kat sini tade penghargaan. Abehhh..kalo kau tuh time event lepas setup meja speaker, teros duduk2, makan2, takkan laa kau nak expect gaji kau naek dengan mudah kan...
Takpe laa, yang penting semua orang boleh keje sama2 tanpa rasa ada kepentingan diri..

Ape2 pun, aku harap2 sangat aku akan lama kat sini. Lagipun bos dah siap set job task utk aku sampai bulan October, which is 6 months away, maknanya confirm laa tuh.. 

Well, esok will be another day..
Next Monday plak eventnyer…
Again, makan sedap, lepak, facilitate org berkursus…

Ya ALLAH…. Golongkanlah aku dalam orang2 yang bersyukur…amin.