Thursday, May 26, 2011

Things to settle...

Assalamualaikom,

Dah hantar kete gi servis, hutang kat kafe Tabung Haji RM 1.50 sebab diorang yang tade duit kecik masa aku nak bayar breakfast, now time to blog...

Aku dah setelkan..
  • servis kete, tunggu jer berapa nak kena
  • breakfast


haaa? tu jer?

Ok, things I gotta setel:

  • Isi borang keje bagi complete
  • Amek gambar - 4 keping
  • Fotostat IC - 3 keping
  • EPF statement - 1 keping
  • Fotostat buku Maybank

Uihh...banyak gak ni.. pas ni teros aku buat ape yang patot...
Pagi tadi sket punye hujan, sekarang dah cerah plak. Boleh laa buat2 ape yang patot..

Wednesday, May 25, 2011

Medical Check-Up, Cukuplah di CERT, pengalaman di Kebabangan Petroleum

Assalamualaikom,

Well aku dah siap medical checkup, nanti clinic akan fax ke HQ. Owhh, kak Hanim messenger dgn aku, dia nak jumpe aku sebab nak balek beg dia yang aku terambil. Dia citer laa warga2 CERT pegi baca email2 yang aku kutuk diorang. Aku sebenarnya memang sengaja tak nak delete email2 tuh, cuma aku fikir balek, biar laa diorang membuka mata atas kesilapan diorang. Last2 Kak Hanim plak jadi bahan perli, kata diorang suroh bertaubat...

Ok, aku agree sangat2 idea bertaubat tuh..
Aku berjanji pada diri aku takkan buat benda2 macam ni, at the same time aku harapkan diorang nampak laa silap diorang. Kekadang bila kita nak sesuatu tuh terjadi, kita kena korbankan sesuatu dari diri kita jugak kan. 

Kesilapan tetap kesilapan, dosa telah pun dilakukan, yang penting aku dah mintak maaf kat diorang sebelom aku blah. Aku yakin lagi lama aku dok situ, lagi bertimbun laa dosa aku mengumpat. Ini pun antara rezeki yang ALLAH bagi kat aku. Apa yang aku nak dari CERT bukan sekadar gaji, malah ilmu percuma dalam perbankan Islam. 

Semalam masa aku amek offer letter kat Tesco, aku didatangi Sofia yang tak pakai tudong, staf HR gak, budak baru sebulan situ. Bila aku tengok dia, aku tanya laa keje kat Tesco ni best ke tak? Sebab aku keje dgn 100% muslim, asyik jadi bahan umpatan jer... Sofia kata kat sini ok jer, semua orang hormat antara satu sama lain. Sofia, biarlah kau tak bertudong asalkan mulot kau tak jahat...

So....alhamdulillah...
Aku dah tak dudok dengan mulot2 jahat. Kekadang memang sakit hati memikirkan diorang2 tuh balek, tapi sampai bila kan... Adakah aku silap tak delete email2 tuh? Jawapannya... tidak. :)
Biar laa orang kenal aku ada baik buruk.. Yang baik memang takkan dipandang, yang buruk jer jadi rujukan. Resam hidup dengan MUSLIM di MALAYSIA.

***************************************

Lega sket hati ni..
Now, mari citer pasal Kebabangan Petroleum (KPOC)..

Long time friend aku, Anas Safwan yang aku kenal sejak skolah teknik Shah Alam ni, rezeki dia bukan calang2...

Dia pun macam aku, buat Exec Diploma in HRM kat Universiti Malaya, tapi dapat keje Oil n Gas company, Kebabangan Petroleum kat menara berkembar petronas.

Aku jumpa dia around 6pm kat Starbucks KLCC, lepak, borak2, pastu dia bawak aku naek ofis dia..

Cantik, subhanallah... Pantri dia mengadap luar KL tuhh... Aku tak amek gambar laa sebab aku rasa tempat2 macam ni confidential kan.... Bila aku fikir2 balek, tempat ni lagi best dari CERT, F*ckop dan orang2 dia pun lebey matang... Seriously, 1000 times better. Walaupun environment nampak best, tapi selagi kau keje dengan manusia, selagi tuh laa masalahnya sama jer berat..

Aku harap2 sangat Tesco nanti sama macam KPOC. Aku dapat rasa yang aku sesuai keje kat environment macam KPOC ni. Takpe nanti aku keje kat Tesco, pandai2 laa aku amek gambo... Langit aku insya ALLAH akan cerah. Terasa geram lagi neh kat CERT, tapi disebabkan aku dah tak involve dengan konspirasi2 gelap, maka aku rasa bersyukur pada ALLAH...

Berbalik pada citer KPOC, aku dijamu oleh Anas dgn Pian burger ape ntah, sket punye tebal, beli kat Keramat, RM 6.00. Kenyang gilerr... Sementara tunggu contractor2 Maxis upgrade cable 4G kat ofis tuh, aku teman2 laa Anas, borak2 sampai laa pukul 10.30 malam.

I guess...that's it for today. Sket2 perasaan geram kat CERT akan hilang bagai buih di ombak. Insya ALLAH aku bertaubat, mudah2an aku akan teros diberikan petunjuk.. Amin.







Sunday, May 22, 2011

Better offer, kita tinggalkan mereka yang bersifat hasad

Assalamualaikom,

Umi aku pegi Cruise keliling Asia, hope dia ok. Hari ni member aku Nadrah kawen dgn Steve @ Hamzah, dari US. Semoga berbahagia.

Bini aku ada parents-teachers day  kat tadika, everything's ok.

So, ape yang aku nak citer ni?

Sekarang ni aku kat tempat keje kat 277,Tmn.Melawati.




Lepas Asar kena prepare folder untuk event esok. Buat dengan Ayob,and maybe kak Ana. Aku malas nak buat keje dengan Ayob bukan ape, sebab dia ni moody, perangai macam haram. Suka buat muka ketat, ada skali tuh hempas2 barang kat aku. Celaka btol.

Kak Ana plak, nama jer pakai tudong laboh, tapi perangai macam setan. Dah laa bersuami anak dua, suka "makan daging" aku dengan kak Hanim, yang turot akan resign 27hb May ni. Hari tuh aku dapat interview dengan Tesco, memang best giler tempat keje dia, suasana pun corporate.

Alhamdulilah aku dapat keje kat situ, aku mula 30hb, sebagai HR Assistant (HRA). HRA ni banyak jenis skop, dan aku plak kena skop recruitment, yakni kena carikan pekerja untuk Tesco. Mula2 tuh memang aku malas laa kan sebab aku dah ada bad experience dengan Intelek Recruitment dulu2.
Terigt kat Luxshummie yang celaka tuh...

Aku ingatkan aku yang ada problem, rupa2nya bila aku dah blah pun, recruiter2 laen pun resign gak sbb tak tahan. Yang bestnya, semalam aku dapat call dari ZooNegara, interview HR Executive pada Selasa ni, pukul 2. Aku ingat nak pegi laa jap.. Kalo dapat ZooNegara, aku accept kot, sebab dia GLC kan. Senang dapat loan/financing,  interest rate pun murah. Wallahualam...




Kak Hanim plak dapat keje kat area Jalan Ampang, tapi dia nak gi interview kat college nama Consist kat Ulu Klang. Kalo dia dapat keje situ, senang laa sebab umah dia dekat2 sini jer. Kesian kak Hanim, dia suroh aku berenti sekali
dengan dia sebab dia takut tade kawan. Aku jer kawan dia kat 277 ni. Ape taknya, ada manager macam sial, English plak berterabur, bodoh sombong.

Aku  memang tak leh laa keje dengan orang2 yang buat perangai mcm budak2 universiti, skolah. Ni tempat keje, kena sama2 tolong. Tak leh laa fikirkan diri sendiri, pas2 kalo orang tuh tak reti nak buat keje, kena condemn giler2, jeling2, buat muka.

Kalo nak komen pasal bos plak, Encik Aziz, teros terang aku kata, memang bos paling baek dalam Malaysia. Kau tak boleh cari laa orang sebaik En. Aziz. Tapi sayang, dia sendiri kena pijak dengan pekerja sendiri. So, macam mana dia nak jaga kebajikan pekerja yang teraniaya macam aku dgn Kak Hanim kan?

Kak Ana tuh asalnya nak resign, tapi last2 dia tak jadi resign.

Masa aku dapat keje Tesco tuh, aku bgtaw kak Hanim yang aku rasa berat hati jer nak tinggalkan tempat ni sebab En. Aziz. Lepas tuh, Kak Hanim pun bukak laa citer, dalam 2 hari lepas dia dapat tahu yang Ana dgn Ayob cuba nak kick aku dari company. Aku menyiram laa kan! Celaka btol...

Aku rasa macam nak resign hari tuh gak, tapi kak Hanim kata, jangan laa...
Well, I'm still here. Lega rasanya bila dapat offer kat tempat lain.

Walaupun begitu, aku dapat ilmu yang paling berharga, yakni cara2 nak manage riba dalam money market. Aku kan speculator, so aku masih buat research untuk speculate duit cara Islamic. Hari tuh aku speculate Silver, untung gak laa sket. But at least dah jadi depan mata yang aku meraih keuntungan.

Mudah2an ALLAH teros bagi aku petunjuk...amin.

Wednesday, May 11, 2011

OFF Day - Tertinggal wallet kat ofis

Assalamualaikom...

Looks like aku kena amek cuti hari ni sebab lesen, IC tertinggal kat ofis. Nasib baek ofismate aku kak Hanim tolong checkkan, rupanya wallet dalam ofis. Pagi ni lepas joging, aku breakfast kat Tabung Haji Kelana Jaya, then belikan KFC utk mak aku. Terjumpa Ejal, member satu skola teknik dulu...

What to write yer....

Kat ofis nampaknye dah 4 orang nak resign. Yakni Kairul, kak Maz, kak Hanim, kak Ana...
Ayob plak dah dapat call dari Maybank, maybe dia terima offer jadi Dealer. 
Aku?
Semalam saja2 gatal hantar resume kat tempat2 keje....

To me, my never-ending crisis are:
1. Nak ade degree
Kejap nak buat degree Wales, kejap nak buat diploma civil engineering, kejap nak buat Finance...
Seriously, aku kena consider hutang2 yang aku tgh tanggung sebelom nak blaja. 
Aku ada RM 2100 nak bayar balek kat F*ckop dalam 4 kali installment dan around RM 2000 lagi utk MBSB. Well, rasanya dalam tahun depan, boleh setel laa MBSB.


2. Nak trading emas - silver - forex
Aku yakin aku dah dapat cara nak invest duit aku dalam semua2 instrumen ni secara halal. Semenjak aku kat Taman Melawati ni, aku ada laa blaja sket sbanyak pasal kewangan Islam. Yang bestnye, ape jua teknik yang aku fikirkan selama ni adalah Islamic, rupanya memang ada pun dalam ilmu Islamic banking macam Murabahah dan Tawarruq. 

The thing is... kalo ada duit around RM10k baru sedap maen. Kalo aku untung sebulan 10%, dah RM 1000 dalam tangan. 


3. Be a millionaire.
Entah laaa... still long way to go. Kalo aku explain kat sini, memang laa ada seribu cara dan idea nak melaksanakan. Tapi, soalnye modal blom cukop. Terfikir gak nak buat part time job. Aku rasa, aku dah kena start buat part time. Dapat laa tambah2 duit kan...

Tuh laa, aku fikir2 balek, daripada aku bazir duit utk belaja, baik aku spend time dan buat duit. Tapi at the same time, takkan aku nak berdiploma selamanya. At least kena ada degree kalo nak advance in career kan...

At this point of time, aku ada savings dalam tangan 35000 yen, around RM 1300 laa mcm tuh. Sebab based on analysis aku, Yen akan naek. Boleh tahan gak Yen ni, hari tuh turun, aku dah risau dah takut tersalah strategi. Hari ni, dia dah start menaik plak. Aku jangkakan dalam minggu depan, Yen boleh naik banyak ni...

Sementara emas dan perak dok turun harga, baek aku maen Yen dulu. At least duit aku tade laa dok senyap jer kan. Kalo emas @ perak naek, aku beli laa plak diorg2 ni. Priority aku memang lebey kepada emas perak. Kalo ada untung daripada forex, memang aku kena bahagikan secara asing, sebab nak ngelak daripada riba.


Time2 mcm ni, teringat dulu2 aku termenung sementara tunggu dapatkan keje. Aku suka laa Kelana Jaya ni on weekdays. Sunyi jerr....

Ape2 pun, life goes on, yang lepas jadikan sempadan. 

Ya ALLAH, permudahkanlah urusanku.... amin.