Thursday, July 21, 2011

Tenang di Kepong

Assalamualaikom...

Aku dah 4 hari posa di bulan Sya'ban. Alhamdulillah badan pun rasa sedap, ringan, berat pun turun. At the same time aku pegi buat slimming treatment kat Damansara. Saje2 laa amek experience pegi slimming boutique kan. 
Yang bestnye, bini aku tak taw... hehheheh..

Pasal keje plak...
Manager aku, kak Azian dah sort out problem between aku dan Sofia, yang minah kontrak tuh. The thing is, kesalahan tetap berpihak pada Sofia yang terlalu dimanjakan oleh warga HR kat sini. Plus, kak Azian nak ngantar aku dan Faizal pegi kursus Interview pada 28hb Julai 2011. Confidence level ada laa meningkat sket, rasa nak dok lama kat sini..

PC aku yang kat ofis ni tak leh nak baca USD drive. Kalo tak, dah upload gambo...

Menunggu masa nak tunaikan solat Jumaat. 

Ya ALLAH, tenangkanlah hatiku...

Saturday, July 16, 2011

KJ Klowns-bersama sejak 1998

Dari kiri,berdiri-Fly,Navin,JFK,aku,Awie,Sri,Syed.
Dari kiri,duduk-Jay,LYKit,Prabu
Pada 18 Jun 2011, sape sangka rupanya Fly bawak camera nak amek gambar kami2 ni.
Akhirnya, ada gak gambar2 kenangan kami.

Apa pentingnya gambar ni?
Untuk pengetahuan korang, ni laa abang2 yang melihat sendiri kemajuan aku maen basketball dari ZERO. Awie laa yang ajar aku maen game ni kat skola Sri Kelana time tuh, tempat kitorang tumpang maen. Awie plak time tuh maseh student kat ITM, now UiTM.

Rasa terharu plak bila upload gambo ni..
Dalam team ni aku laa paling muda...
Dulu aku kecik jer, form 2 baru blaja maen.

Sekarang??!
Dah nak dapat anak pun, still keep in touch.
Alhamdulillah...
Guys, i'm so proud of you people!!

Sekarang diorang dah tak maen tournament dah. Masing2 sebok...

Perihal Aidil Khalid-seseorang bergelar kawan

Aidil Khalid
Assalamualaikom,


Macam biasa, aku ada banyak benda nak citer, tapi aku rasa terpanggil nak menulis pasal member sorang ni.

Aidil Khalid - LLB, UiTM...bagi aku, dia ni salah satu "gemstone" yang Malaysia ada kat tanah air sendiri. Aku menulis ni pun sebab baru singgah blog dia kat sini..

Baru jer dalam minggu lepas aku jumpa dia kat umah dia kat Shah Alam, orangnya masih macam tuh gak, tak berubah sejak 2004 kami kenal. Bezanya... dia graduan Law, aku ni drop-out law school. 

Pada saat ni, he has gained popularity since cerpen dia tersiar kat suratkabar. Tak igt laa tajuk ape, siap dia bubuh blog address dia kat dalam suratkabar. Asalnya tak ramai pun yang komen dalam blog dia, sekarang setiap entri dah berbelas2...

Bila aku tengok blog mamat ni, bandingkan dengan blog aku.....
Aidil ni ada macam perjuangan dia sendiri laa dalam menulis. Walaupun perjuangan dia boleh dikatakan pelbagai, macam isu sosial, sastera, etc, gaya penulisan dia sama jerrr...
Ala2 sasterawan.

Bila tgk blog aku plak, macam ntah ape2 jerrr..
Owhh yahh, Aidil laa yang perkenalkan aku dengan benda2 blogging ni. Tapi dulu aku blogging tajuk best2.
Sekarang ni... hmmm...
Aku jemu menulis sebab aku tak taw ape yg btol2 aku leh tulis.

Kalo nak tulis bab2 agama ke, perundangan ke, kena ada rujukan specific..
Aku ni penulis rojak, semua topic ada...
So...sometimes its kinda boring looking at hasil keje kau sendiri. 
So frustrated.

Apa2 pun, he's a good fren. Kalo bab2 nasihat, kritikan, mamat ni laa tempat nak citer..
Tapi we are not that close due to commitments kan...
Tak macam dulu, hari2 leh jumpa.
Sekarang ni dah laen.....

Aku doakan member aku ni berjaya insya ALLAH...
Tahniah Aidil...