Sunday, August 7, 2011

Suatu masa dulu di Cyberjaya

Assalamualaikom,


Hari ni aku pegi Masjid Sri Petaling, SMKA Maahad Hamidiah, Yayasan Al Jenderami dan Masjid Baitul Aman.

Tapi yang bestnye aku tak nak citer pasal2 ni. Aku nak citer pasal...









Antara experience yang terbaek penah aku alami masa jadik HR Executive di salah sebuah IT Outsourcing company kat Cyberjaya...
Base aku kat Cyberjaya tapi client aku time ni kat Damansara. So kalo staff kat Damansara nampak aku kat situ jer, mesti ada something tak kena sebab aku in-charge of industrial relation kat situ.

What ever it is, I was there...

Thursday, July 21, 2011

Tenang di Kepong

Assalamualaikom...

Aku dah 4 hari posa di bulan Sya'ban. Alhamdulillah badan pun rasa sedap, ringan, berat pun turun. At the same time aku pegi buat slimming treatment kat Damansara. Saje2 laa amek experience pegi slimming boutique kan. 
Yang bestnye, bini aku tak taw... hehheheh..

Pasal keje plak...
Manager aku, kak Azian dah sort out problem between aku dan Sofia, yang minah kontrak tuh. The thing is, kesalahan tetap berpihak pada Sofia yang terlalu dimanjakan oleh warga HR kat sini. Plus, kak Azian nak ngantar aku dan Faizal pegi kursus Interview pada 28hb Julai 2011. Confidence level ada laa meningkat sket, rasa nak dok lama kat sini..

PC aku yang kat ofis ni tak leh nak baca USD drive. Kalo tak, dah upload gambo...

Menunggu masa nak tunaikan solat Jumaat. 

Ya ALLAH, tenangkanlah hatiku...

Saturday, July 16, 2011

KJ Klowns-bersama sejak 1998

Dari kiri,berdiri-Fly,Navin,JFK,aku,Awie,Sri,Syed.
Dari kiri,duduk-Jay,LYKit,Prabu
Pada 18 Jun 2011, sape sangka rupanya Fly bawak camera nak amek gambar kami2 ni.
Akhirnya, ada gak gambar2 kenangan kami.

Apa pentingnya gambar ni?
Untuk pengetahuan korang, ni laa abang2 yang melihat sendiri kemajuan aku maen basketball dari ZERO. Awie laa yang ajar aku maen game ni kat skola Sri Kelana time tuh, tempat kitorang tumpang maen. Awie plak time tuh maseh student kat ITM, now UiTM.

Rasa terharu plak bila upload gambo ni..
Dalam team ni aku laa paling muda...
Dulu aku kecik jer, form 2 baru blaja maen.

Sekarang??!
Dah nak dapat anak pun, still keep in touch.
Alhamdulillah...
Guys, i'm so proud of you people!!

Sekarang diorang dah tak maen tournament dah. Masing2 sebok...

Perihal Aidil Khalid-seseorang bergelar kawan

Aidil Khalid
Assalamualaikom,


Macam biasa, aku ada banyak benda nak citer, tapi aku rasa terpanggil nak menulis pasal member sorang ni.

Aidil Khalid - LLB, UiTM...bagi aku, dia ni salah satu "gemstone" yang Malaysia ada kat tanah air sendiri. Aku menulis ni pun sebab baru singgah blog dia kat sini..

Baru jer dalam minggu lepas aku jumpa dia kat umah dia kat Shah Alam, orangnya masih macam tuh gak, tak berubah sejak 2004 kami kenal. Bezanya... dia graduan Law, aku ni drop-out law school. 

Pada saat ni, he has gained popularity since cerpen dia tersiar kat suratkabar. Tak igt laa tajuk ape, siap dia bubuh blog address dia kat dalam suratkabar. Asalnya tak ramai pun yang komen dalam blog dia, sekarang setiap entri dah berbelas2...

Bila aku tengok blog mamat ni, bandingkan dengan blog aku.....
Aidil ni ada macam perjuangan dia sendiri laa dalam menulis. Walaupun perjuangan dia boleh dikatakan pelbagai, macam isu sosial, sastera, etc, gaya penulisan dia sama jerrr...
Ala2 sasterawan.

Bila tgk blog aku plak, macam ntah ape2 jerrr..
Owhh yahh, Aidil laa yang perkenalkan aku dengan benda2 blogging ni. Tapi dulu aku blogging tajuk best2.
Sekarang ni... hmmm...
Aku jemu menulis sebab aku tak taw ape yg btol2 aku leh tulis.

Kalo nak tulis bab2 agama ke, perundangan ke, kena ada rujukan specific..
Aku ni penulis rojak, semua topic ada...
So...sometimes its kinda boring looking at hasil keje kau sendiri. 
So frustrated.

Apa2 pun, he's a good fren. Kalo bab2 nasihat, kritikan, mamat ni laa tempat nak citer..
Tapi we are not that close due to commitments kan...
Tak macam dulu, hari2 leh jumpa.
Sekarang ni dah laen.....

Aku doakan member aku ni berjaya insya ALLAH...
Tahniah Aidil...

Friday, June 17, 2011

Kembali bermomentum...

Assalamualaikom,
Sementara tunggu kak Azian abes program dengan candidates2 untuk Finance Executive, baek aku blogging...


Hari ni best sebab resume2 yang aku hantar telah diterima untuk interview. Also the best thing is, aku hantar sorang candidate ni untuk interview, hari ni jugak2 dapat keje. Ini buktinye...




..Alhamdulillah...
At least orang2 kat sini pandai jaga hati sesama pekerja.


I love this place, will contribute more for the company.

Thursday, June 16, 2011

Dari Ruffedge, VE kepada Almawlid

Assalamualaikom,


Nampaknye aku yang tak berapa nak update pasal industri seni tanah air.


After...



Before....





Kalo diorang baca ni, aku nak ucapkan tahniah kat mereka sebab Allah bagi hidayah kat mereka ketika maseh muda. Subhanallah....


Sumber: Berita Harian 17 Jun 2011

Wednesday, June 15, 2011

Feels like being ignored...

Assalamualaikom,


Yeah...dats what I'm feeling rite now...


Tadi lunch, aku nampak laa sekumpulan brader2 tgh makan KFC tajaan ofis aku. Diorang ada function laa tuh. Bila aku tenong diorng ni, aku tengok diri aku balek, memang aku tak sama laa dengan diorang. Department diorang ramai laki. Department aku ada sorg abang tua, ada pondan, ada laki cina sorang, uncle India dengan diriku. Semua buat hal masing2...


Yang lagi 25-30 orang semuanya pompuan...


Aku nak bawak diri aku pun rasa macam ke kiri salah, kanan salah.. 
adouiih..


Semalam aku turon bawah nak gi arcade game, ternampak laa geng2 HR dalam 6 orang nak lunch kat Madam Lim. Kak Azian, yakni bos aku pun ada situ. Tgk2 arcade black-out sebab tade lampu. Aku pun blah laa nak turun kat hypermarket. Pas2 terfikir plak kalo aku tak join diorang, nanti kata aku sombong tak bercampur plak. Aku pun pegi kat diorg, tarik kerusi, dok la skali. 


Bila dah dok tuh, semua order makanan laa kecuali aku sebab aku dah makan bekal kan.
Tengah aku dok diam tuh, tetiba kak Azian cakap, kalo tarik kerusi, tak join borak2, buatper?
Aku jawab laa.. akak tengah makan, takkan nak sembang2 plak, dia pun diam...


Bila aku kena sound mcm tuh, terasa menyesal plak join korang duduk2...
Aku bukannya ape, time tuh bising, cakap pun macam kena pekik2 laa kan.
Lagi pun aku penah ada bad experience kena tegor pasal borak2 sambil makan.
Aku confuse.....


Tuh laa masalah yang aku hadapi...
Mulut tak bukak pun salah, bila bukak, takut salah...
Aku rasa ape yang terbaek adalah... biar kita tak bukak mulot sebab nanti kalo cakap, takot salah.
Bercakap biarlah bila perlu..


Kalo bercakap tapi mengata orang, tak guna gak kan.....


Aku pun jeles gak laa macam budak2 temporary macam diberi pendedahan istimewa jer berbanding aku.
Tapi pikir2 balek, buatpe nak jeles padahal aku sendiri dapat permanent job. Aku takut gak budak2 temporary ni nanti sabotaj aku dengan tidak mengajar ape yang telah diajarkan pada mereka kepada aku.
Aku kan baru, budak temporary kan dah lama join, next month salah sorang ni last. 


Well.... aku sendiri kena rilex, jangan panik2... :)


Bukan ape, I just need someone to talk, that is all...


Atau...aku yang tak reti nak bawak diri nak berbual dengan orang?
I'm still new here... takpe laa, its too early to confirm things. 
Yang penting syukur Alhamdulillah, aku ada keje dan aku tak mengata belakang sesiapa dah!
Never ever   :-)



Monday, June 6, 2011

Resume Menarik

Assalamualaikom,

Tengah aku sourcing candidate kat Jobstreet, terbaca resume neh...



Siap capital letter "While sleeping" ....

Sunday, June 5, 2011

Salam Perjuangan dari Kepong

Assalamualaikom,


Its been a long time since aku tak berblog, maklom laa sebok dengan tugasan di tempat baru..
Kini aku bekerja sebagai HR Assistant di....




..beribu pejabat di Kepong. Senang citer, aku ni Recruiter laa untuk company ni, di mana aku kena cari candidate yang sesuai untuk isi jawatan2 kosong kat sini. Wonderful place, sama macam Emerio yang penah aku keje dulu. Good people, mostly... :)


Nanti kalo dapat, aku amek laa a few pictures kat ofis ni. 


Ape pandangan aku tentang keje kat sini?


Selesa...dats the first point datang dalam kepala aku. Selesa tuh bukan ape, keje yang dipertanggungjawabkan ni aku boleh perform. Manager aku, kak Azian very2 supportive, dia tengok gaya aku keje pun full of energy. Dia tak nak disebabkan a few mistakes, aku down. Dia sempat tuh hantar sms kat aku suroh aku keep up the good work, padahal dia tengah bercuti kat penang... :)


Hey...dats what I called... LEADER!!


Someone yang boleh maintain orang bawahan punya motivation in order to achieve the work's target. Aku rasa kak Azian really knows her role well, macam Geetha kat Emerio dulu2. Well, lupakan yang dulu, kita focus yang sekarang..


Besides kena buat recruitment, aku pun in-charge of offer letter untuk orang2 baru. So, aku pun ada laa access untuk tengok offer letter orang laen kan. Aku tengok Exec. aku punye offer letter, gaji beza RM100 jer dengan aku, dan dia pun dah nak masok department laen minggu depan. So aku laa yang kena ganti tempat dia. Aku rasa ada peluang laa aku nak perform dan naek pangkat jadi Executive plak, sama macam Faizal, antara yang keje dari bawah macam aku, dah 3 tahon pun.


Kira ok laa, aku dah nampak ape yang aku nak kena capai dari masa ke masa. One thing that is important untuk aku fly jaoh dalam bidang ni, aku kena ada sebijik degree.... 
Insya ALLAH by next year ada laa tuh aku mula pengajian. Buat masa ni aku kena pakai duit lagi, so tengok laa how it goes. Ada rezeki, aku buat laa degree..


Hari tuh masa makan2 dengan team HR, salah sorang manager aku tanya, apa yang aku expect bila keje kat sini?


Aku kata laa yang aku expect tempat ni sama macam Emerio yang penah aku keje. Simple...


Satu jer laa yang tak berapa best.. Pantri kat Emerio ada kerusi meja, siap leh lepak kat luar merasa angin. Pantri sini cuma leh amek air jer, pastuh kena dok tempat sendiri ..huahuahuahua...


Tapi yang lebey bestnya, makanan sini murah kalo makan kat hypermarket. Susah2, turon laa bawah makan. And RM4 pun leh makan puas. Aku dalam process nak minimize belanja, kalo boleh sehari RM3. Ok laa tuh, minom Milo kat pantri pun unlimited sampai muntah hijau...


And well, aku try to be discreet dalam berblogging, tade laa nak expose everything, becoz I learnt my lesson when I was in Cyberjaya. I love my job, sampaikan Ahad malam pun sanggup datang nak tengok2, study2 pasal keje...Aku pun tak nak laa blogging kat umah, dengan bini aku lagi dok baca. Nanti idea tak keluar plak. 


Owh, semalam (Sabtu) kitorang datang sini shopping barang2 dapor dan barang2 baby. Dia beli dah set tido baby kat Anakku, around RM80 kot... comey laa bila tengok..hehehhe..
Hari tuh scan, kita expect baby boy..mudah2an laa... Aku sebenarnya gembira yang amat laa bila dikhabarkan dapat baby boy, tak kesah laa kalo gurl pun. Cuma yang gusar tuh, takot income dan tabungan aku tak cukop jer nak menghadapi hari2 bergelar bapa ni. Takpe, rezeki di tangan Allah, teroskan berusaha...


Ok laa, will catch up later. Doakan kejayaanku...Amin.

Thursday, May 26, 2011

Things to settle...

Assalamualaikom,

Dah hantar kete gi servis, hutang kat kafe Tabung Haji RM 1.50 sebab diorang yang tade duit kecik masa aku nak bayar breakfast, now time to blog...

Aku dah setelkan..
  • servis kete, tunggu jer berapa nak kena
  • breakfast


haaa? tu jer?

Ok, things I gotta setel:

  • Isi borang keje bagi complete
  • Amek gambar - 4 keping
  • Fotostat IC - 3 keping
  • EPF statement - 1 keping
  • Fotostat buku Maybank

Uihh...banyak gak ni.. pas ni teros aku buat ape yang patot...
Pagi tadi sket punye hujan, sekarang dah cerah plak. Boleh laa buat2 ape yang patot..

Wednesday, May 25, 2011

Medical Check-Up, Cukuplah di CERT, pengalaman di Kebabangan Petroleum

Assalamualaikom,

Well aku dah siap medical checkup, nanti clinic akan fax ke HQ. Owhh, kak Hanim messenger dgn aku, dia nak jumpe aku sebab nak balek beg dia yang aku terambil. Dia citer laa warga2 CERT pegi baca email2 yang aku kutuk diorang. Aku sebenarnya memang sengaja tak nak delete email2 tuh, cuma aku fikir balek, biar laa diorang membuka mata atas kesilapan diorang. Last2 Kak Hanim plak jadi bahan perli, kata diorang suroh bertaubat...

Ok, aku agree sangat2 idea bertaubat tuh..
Aku berjanji pada diri aku takkan buat benda2 macam ni, at the same time aku harapkan diorang nampak laa silap diorang. Kekadang bila kita nak sesuatu tuh terjadi, kita kena korbankan sesuatu dari diri kita jugak kan. 

Kesilapan tetap kesilapan, dosa telah pun dilakukan, yang penting aku dah mintak maaf kat diorang sebelom aku blah. Aku yakin lagi lama aku dok situ, lagi bertimbun laa dosa aku mengumpat. Ini pun antara rezeki yang ALLAH bagi kat aku. Apa yang aku nak dari CERT bukan sekadar gaji, malah ilmu percuma dalam perbankan Islam. 

Semalam masa aku amek offer letter kat Tesco, aku didatangi Sofia yang tak pakai tudong, staf HR gak, budak baru sebulan situ. Bila aku tengok dia, aku tanya laa keje kat Tesco ni best ke tak? Sebab aku keje dgn 100% muslim, asyik jadi bahan umpatan jer... Sofia kata kat sini ok jer, semua orang hormat antara satu sama lain. Sofia, biarlah kau tak bertudong asalkan mulot kau tak jahat...

So....alhamdulillah...
Aku dah tak dudok dengan mulot2 jahat. Kekadang memang sakit hati memikirkan diorang2 tuh balek, tapi sampai bila kan... Adakah aku silap tak delete email2 tuh? Jawapannya... tidak. :)
Biar laa orang kenal aku ada baik buruk.. Yang baik memang takkan dipandang, yang buruk jer jadi rujukan. Resam hidup dengan MUSLIM di MALAYSIA.

***************************************

Lega sket hati ni..
Now, mari citer pasal Kebabangan Petroleum (KPOC)..

Long time friend aku, Anas Safwan yang aku kenal sejak skolah teknik Shah Alam ni, rezeki dia bukan calang2...

Dia pun macam aku, buat Exec Diploma in HRM kat Universiti Malaya, tapi dapat keje Oil n Gas company, Kebabangan Petroleum kat menara berkembar petronas.

Aku jumpa dia around 6pm kat Starbucks KLCC, lepak, borak2, pastu dia bawak aku naek ofis dia..

Cantik, subhanallah... Pantri dia mengadap luar KL tuhh... Aku tak amek gambar laa sebab aku rasa tempat2 macam ni confidential kan.... Bila aku fikir2 balek, tempat ni lagi best dari CERT, F*ckop dan orang2 dia pun lebey matang... Seriously, 1000 times better. Walaupun environment nampak best, tapi selagi kau keje dengan manusia, selagi tuh laa masalahnya sama jer berat..

Aku harap2 sangat Tesco nanti sama macam KPOC. Aku dapat rasa yang aku sesuai keje kat environment macam KPOC ni. Takpe nanti aku keje kat Tesco, pandai2 laa aku amek gambo... Langit aku insya ALLAH akan cerah. Terasa geram lagi neh kat CERT, tapi disebabkan aku dah tak involve dengan konspirasi2 gelap, maka aku rasa bersyukur pada ALLAH...

Berbalik pada citer KPOC, aku dijamu oleh Anas dgn Pian burger ape ntah, sket punye tebal, beli kat Keramat, RM 6.00. Kenyang gilerr... Sementara tunggu contractor2 Maxis upgrade cable 4G kat ofis tuh, aku teman2 laa Anas, borak2 sampai laa pukul 10.30 malam.

I guess...that's it for today. Sket2 perasaan geram kat CERT akan hilang bagai buih di ombak. Insya ALLAH aku bertaubat, mudah2an aku akan teros diberikan petunjuk.. Amin.







Sunday, May 22, 2011

Better offer, kita tinggalkan mereka yang bersifat hasad

Assalamualaikom,

Umi aku pegi Cruise keliling Asia, hope dia ok. Hari ni member aku Nadrah kawen dgn Steve @ Hamzah, dari US. Semoga berbahagia.

Bini aku ada parents-teachers day  kat tadika, everything's ok.

So, ape yang aku nak citer ni?

Sekarang ni aku kat tempat keje kat 277,Tmn.Melawati.




Lepas Asar kena prepare folder untuk event esok. Buat dengan Ayob,and maybe kak Ana. Aku malas nak buat keje dengan Ayob bukan ape, sebab dia ni moody, perangai macam haram. Suka buat muka ketat, ada skali tuh hempas2 barang kat aku. Celaka btol.

Kak Ana plak, nama jer pakai tudong laboh, tapi perangai macam setan. Dah laa bersuami anak dua, suka "makan daging" aku dengan kak Hanim, yang turot akan resign 27hb May ni. Hari tuh aku dapat interview dengan Tesco, memang best giler tempat keje dia, suasana pun corporate.

Alhamdulilah aku dapat keje kat situ, aku mula 30hb, sebagai HR Assistant (HRA). HRA ni banyak jenis skop, dan aku plak kena skop recruitment, yakni kena carikan pekerja untuk Tesco. Mula2 tuh memang aku malas laa kan sebab aku dah ada bad experience dengan Intelek Recruitment dulu2.
Terigt kat Luxshummie yang celaka tuh...

Aku ingatkan aku yang ada problem, rupa2nya bila aku dah blah pun, recruiter2 laen pun resign gak sbb tak tahan. Yang bestnya, semalam aku dapat call dari ZooNegara, interview HR Executive pada Selasa ni, pukul 2. Aku ingat nak pegi laa jap.. Kalo dapat ZooNegara, aku accept kot, sebab dia GLC kan. Senang dapat loan/financing,  interest rate pun murah. Wallahualam...




Kak Hanim plak dapat keje kat area Jalan Ampang, tapi dia nak gi interview kat college nama Consist kat Ulu Klang. Kalo dia dapat keje situ, senang laa sebab umah dia dekat2 sini jer. Kesian kak Hanim, dia suroh aku berenti sekali
dengan dia sebab dia takut tade kawan. Aku jer kawan dia kat 277 ni. Ape taknya, ada manager macam sial, English plak berterabur, bodoh sombong.

Aku  memang tak leh laa keje dengan orang2 yang buat perangai mcm budak2 universiti, skolah. Ni tempat keje, kena sama2 tolong. Tak leh laa fikirkan diri sendiri, pas2 kalo orang tuh tak reti nak buat keje, kena condemn giler2, jeling2, buat muka.

Kalo nak komen pasal bos plak, Encik Aziz, teros terang aku kata, memang bos paling baek dalam Malaysia. Kau tak boleh cari laa orang sebaik En. Aziz. Tapi sayang, dia sendiri kena pijak dengan pekerja sendiri. So, macam mana dia nak jaga kebajikan pekerja yang teraniaya macam aku dgn Kak Hanim kan?

Kak Ana tuh asalnya nak resign, tapi last2 dia tak jadi resign.

Masa aku dapat keje Tesco tuh, aku bgtaw kak Hanim yang aku rasa berat hati jer nak tinggalkan tempat ni sebab En. Aziz. Lepas tuh, Kak Hanim pun bukak laa citer, dalam 2 hari lepas dia dapat tahu yang Ana dgn Ayob cuba nak kick aku dari company. Aku menyiram laa kan! Celaka btol...

Aku rasa macam nak resign hari tuh gak, tapi kak Hanim kata, jangan laa...
Well, I'm still here. Lega rasanya bila dapat offer kat tempat lain.

Walaupun begitu, aku dapat ilmu yang paling berharga, yakni cara2 nak manage riba dalam money market. Aku kan speculator, so aku masih buat research untuk speculate duit cara Islamic. Hari tuh aku speculate Silver, untung gak laa sket. But at least dah jadi depan mata yang aku meraih keuntungan.

Mudah2an ALLAH teros bagi aku petunjuk...amin.

Wednesday, May 11, 2011

OFF Day - Tertinggal wallet kat ofis

Assalamualaikom...

Looks like aku kena amek cuti hari ni sebab lesen, IC tertinggal kat ofis. Nasib baek ofismate aku kak Hanim tolong checkkan, rupanya wallet dalam ofis. Pagi ni lepas joging, aku breakfast kat Tabung Haji Kelana Jaya, then belikan KFC utk mak aku. Terjumpa Ejal, member satu skola teknik dulu...

What to write yer....

Kat ofis nampaknye dah 4 orang nak resign. Yakni Kairul, kak Maz, kak Hanim, kak Ana...
Ayob plak dah dapat call dari Maybank, maybe dia terima offer jadi Dealer. 
Aku?
Semalam saja2 gatal hantar resume kat tempat2 keje....

To me, my never-ending crisis are:
1. Nak ade degree
Kejap nak buat degree Wales, kejap nak buat diploma civil engineering, kejap nak buat Finance...
Seriously, aku kena consider hutang2 yang aku tgh tanggung sebelom nak blaja. 
Aku ada RM 2100 nak bayar balek kat F*ckop dalam 4 kali installment dan around RM 2000 lagi utk MBSB. Well, rasanya dalam tahun depan, boleh setel laa MBSB.


2. Nak trading emas - silver - forex
Aku yakin aku dah dapat cara nak invest duit aku dalam semua2 instrumen ni secara halal. Semenjak aku kat Taman Melawati ni, aku ada laa blaja sket sbanyak pasal kewangan Islam. Yang bestnye, ape jua teknik yang aku fikirkan selama ni adalah Islamic, rupanya memang ada pun dalam ilmu Islamic banking macam Murabahah dan Tawarruq. 

The thing is... kalo ada duit around RM10k baru sedap maen. Kalo aku untung sebulan 10%, dah RM 1000 dalam tangan. 


3. Be a millionaire.
Entah laaa... still long way to go. Kalo aku explain kat sini, memang laa ada seribu cara dan idea nak melaksanakan. Tapi, soalnye modal blom cukop. Terfikir gak nak buat part time job. Aku rasa, aku dah kena start buat part time. Dapat laa tambah2 duit kan...

Tuh laa, aku fikir2 balek, daripada aku bazir duit utk belaja, baik aku spend time dan buat duit. Tapi at the same time, takkan aku nak berdiploma selamanya. At least kena ada degree kalo nak advance in career kan...

At this point of time, aku ada savings dalam tangan 35000 yen, around RM 1300 laa mcm tuh. Sebab based on analysis aku, Yen akan naek. Boleh tahan gak Yen ni, hari tuh turun, aku dah risau dah takut tersalah strategi. Hari ni, dia dah start menaik plak. Aku jangkakan dalam minggu depan, Yen boleh naik banyak ni...

Sementara emas dan perak dok turun harga, baek aku maen Yen dulu. At least duit aku tade laa dok senyap jer kan. Kalo emas @ perak naek, aku beli laa plak diorg2 ni. Priority aku memang lebey kepada emas perak. Kalo ada untung daripada forex, memang aku kena bahagikan secara asing, sebab nak ngelak daripada riba.


Time2 mcm ni, teringat dulu2 aku termenung sementara tunggu dapatkan keje. Aku suka laa Kelana Jaya ni on weekdays. Sunyi jerr....

Ape2 pun, life goes on, yang lepas jadikan sempadan. 

Ya ALLAH, permudahkanlah urusanku.... amin.

Tuesday, April 19, 2011

Diploma in Civil or Degree Pendidikan Islam?

Assalamualaikom...

Kat ofis, tengok siri Hell's Kitchen, tunggu around 9.30pm baru nak gerak balek..

Ahad lepas aku pegi UTM di Jalan Semarak utk register sebagai pelajar Diploma in Civil..
and...masa aku nak balek tuh ternampak counter pendaftaran Degree in Pendidikan Islam.

Reason aku amek diploma civil = sebab aku baca buku rahsia tarikh lahir, memang aku punya career utama adalah civil engineer, accountant, etc..

Reason aku terpikir nak amek degree agama = bcoz nama aku mula dengan Syed, so agak releven kalo amek agama, and aku pun minat gak bab2 agama..

I dunno what will I be in... 5 years?

Padahal aku amek degree in Business yang from Wales pun sama jer yuran pengajian, around RM20k..
bezanya ada keje atau tak jer...

Seriously...
Benda yang paling jauh dari manusia adalah masa yang lalu...
Even bulan pun Neil Armstrong dah sampai. Tapi, masa yang dah berlalu, ada saper2 penah sampai?
Dalam movie boleh ler...


Its typical Hasri Omar...
Sket2 tukar course, sket2 tukar...
But to me, kalo aku dah dapat course yang betol, I'm gonna stick to it till finish. See, my diploma, aku berulang JB-KL tuhh semata2 x nak miss classes. At last konvo jua...


Fikir2 balek, am I dat good to take degree in pendidikan Islam? Am I?
Since aku nak formulate kan sistem "Islamic Money Speculation", at least biar laa aku ada background agama yang kukoh kan. Its a simple money machine technique and, Insya ALLAH, shariah compliant.
So, why amek civil engineering?

Owhh... sebab nak merasa ada sebijik degree in engineering je? Itu laa kata hati kecilku...

Well...something I gotta think quick before I give the final words.

Later, my title will looks like...


Syed Mohd Hasri bin Syed Omar Al-Habsyi
BSc. (Ed) Islamic Education, UTM

woww..kinda cool!

Alaa, kat US pun, yang terer baca market price pun someone yang dari background TESL..

Hari dah lewat, gotta go now...

Sunday, April 17, 2011

In what way?

Assalamualaikom,





Time ni, 18 April 2011, aku tengah jaga event Islamic Trade Finance di Hotel InterContinental, Kuala Lumpur formerly known as Hotel Nikko, yakni di Jalan Ampang, sebelah Citibank, bertentangan dengan Ampang Park.

Ayyob, senior aku buat perangai, konon2 sombong plak sbb semalam aku lambat tolong dia prepare folder. Boleh blah laa ko...

Ok macam ni...
Aku pun lunch laa dengan para peserta di Serina Brasserie. Aku lepak semeja dengan penceramah workshop ni, Prof. Dato' Dr. Mohd Azmi Hj. Omar, yakni lecturer Universiti Islam Antarabangsa, consultant dan pakar dalam bidang trading.

Ada laa a few bankers borak2, sembang2 forex yang style bank2 maen ni laa..
So entah macam mana, tercerita pasal Speculation.

Dengar3.....
Then aku bersuara laa..

"Bagi saya, speculation can help negara miskin to build their economy."

Then dia tanya soalan cepu emas...

"In what way?"

Aku terfikir dalam setengah saat, "Ehh..takkan tak taw?"

Then aku jawab...

"Well, interest yang diterima daripada forex tuh boleh bagi kat negara miskin".

So... blaa blaa blaaa...

Dia kata laa yang speculation ni perlu sbb nak mencairkan sesuatu market barangan. Ye laa, kalo semua barang asyik naik tak turun2, macam mana kan....

So.. blaa blaaa blaaa... aku tak leh nak bercerita sangat sbb telinga aku tengah ceramah ni...



Whatever it is, aku dah nampak formula aku untuk buat "Islamic Speculation" will be in reality.
Aku pun bercerita laa sket yang aku penah speculate fiat money and aku dalam process mengkaji speculation dari segi Mudarabah and Tawarruq! Yess!
This is what I wanted to do!!

Mudarabah - profit sharing between investor and technical expertise.
Tawarruq - berkaitan dengan jual beli barangan macam komoditi, baju, seluar, apa saja yang halal untuk diniagakan.


Semoga Allah permudahkan urusanku... amin.

Wednesday, April 13, 2011

Event pertama aku, permulaan yang cemerlang di Hotel Istana.

Assalamualaikom,

Its 8.25pm, kat ofis di Taman Melawati sorang2..
Kalo nak diikutkan, memang penat laa kalo nak citer back from square one tapi aku cuba laa nukilkan mudah2an menjadi kenangan yang abadi bila aku baca balek entry2 ni di masa tua kelak.

Bateri dua2 handphone dah abes, bini aku sure byk kali call sbb aku x angkat

Sambil mendengar laguTekaddari Hazami di Youtube, tengah pikir kat mana nak mula neh

Fine…
Aku dah keje kat CERT selama seminggu. Aku start 4hb April, now dah 13hb. Mula2 tuh agak kekok sebab ye laa kan tempat keje baru. Lama2 tuh aku boleh laa bawak diri.
Aku keje sebagai Management Trainee – Event Coordinator, yakni tugas aku adalah organize event seminar yang berkaitan dengan perbankan Islam.

Event aku yang pertama, Shariah Legal Issues on Islamic Banking & Capital Market, bertarikh 11hb – 13hb April di Hotel Istana. It was fun, aku jadi MC dan facilitator sepanjang kursus ni.

Woww..at dis point aku dah mula terfikir..banyaknye aku kena tulis kat entri ni.. 

Dipendekkan citer…

Keje aku was fun!
Aku dibimbing oleh Ayub, senior aku, yang muda dari aku, kepala pun giler2..
Time jaga event memang rilex giler, makan tak berenti2. Yang bestnya time lunch, kitorang geng2 event ni makan kat hotel punya diner laa kan, makanan sedap2 giler, jimat duit belanja aku. Aku tak sangka rezeki aku lebih baek daripada kat Francorp dulu.

Aku still remember sebelom aku amek keputusan nak berenti, bos aku dulu kata..

Kau jangan bubuh nama Francorp kat dalam resume kau. Kalo diorg buat background check, aku akan kata jangan amek orang macam kau! So pileh, kau nak bagi surat tunjuk sebab atau berenti!”

Esoknya jugak aku bagi surat berenti!

Well, lupakan laa kesah lama…

So, pada 12hb, masa hari kedua seminar, Ayob bagi aku peluang baring2 kat bilik hotel yang ditempah untuk speaker. Asalnya bilek tuh memang untuk speaker, last2 dia tak nak, so kami2 ni laa yang rembat!





Time aku baring tuh, aku terfikir betapa indahnya pengalaman hidup aku ni. Betapa sistematiknya ALLAH pandukan hidup aku. Daripada keje 6 bulan dalam maki hamun, sekarang ni dapat bos yang pendiam, x citer banyak, keje plak memang best, gaji pon lebey! J

Cuma biasalaaa
Aku takut nanti benda2 best ni bersifat sementara..
Mudah2an aku tabah laa hadapi cabaran2 mendatang kat ofis baru ni. Lagipun aku akan jaga event, jarang dok ofis kanTade laa kaitan dengan politik ofis ke, kipas bos ke

Owhh..baru teringat, malam ni member aku, Lian Hua nak hantar cupcake yang aku order 30 bijik. So aku call umah, mak aku angkat, report laa handphone aku bateri flat, kat ofis lagi..

Sepanjang aku keje seminggu ni, dah banyak nasihat dan experience-sharing aku dengan Ayob, Kairul dan Abg Razib… Laki pun x ramai..

Aku, Ayob, Kairul, Abg Razib, Hasmi, Hj. Ahmad dan Bos… 8 orang laki.

Kak Ana (nak berenti dah), Hanim (baru masuk dgn aku), Kak Shikin (nak berenti gak), Norita (kotpengganti shikin), Kak Siti, Kak Mas, Kak Lin, Bini Bos ……    8 orang pompuan.

Owhh… designer sorang dah berenti hari ni, x sempat nak confirm keje..

Alhamdulillah laa, time bercerita pengalaman2 lalu ni, diorang amek positif dan insaf laa dari ape yang aku share. Masalah diorang kat sini ni senang jerr, yakni diorang rasa keje kat sini tade penghargaan. Abehhh..kalo kau tuh time event lepas setup meja speaker, teros duduk2, makan2, takkan laa kau nak expect gaji kau naek dengan mudah kan...
Takpe laa, yang penting semua orang boleh keje sama2 tanpa rasa ada kepentingan diri..

Ape2 pun, aku harap2 sangat aku akan lama kat sini. Lagipun bos dah siap set job task utk aku sampai bulan October, which is 6 months away, maknanya confirm laa tuh.. 

Well, esok will be another day..
Next Monday plak eventnyer
Again, makan sedap, lepak, facilitate org berkursus

Ya ALLAH…. Golongkanlah aku dalam orang2 yang bersyukuramin.



Thursday, March 10, 2011

Menghitung hari di F*kop Malaysia

Assalamualaikom,

Aku dah keje kat Francorp ni since August 2010, sebagai Copywriter @ Penulis Iklan untuk client. Company ni actually is a franchise consulting firm. Maknanya kalo Pak Ali ada kedai nama Pak Ali Cafe, dia nak franchise kan perniagaan tapi dia tak taw nak buat macam mana, so dia pun datang laa kat F*kop ni..



Dipendekkan citer, aku memang dah tak tahan keje kat sini sebab aku tak pandai menulis dengan creative. Well, mungkin korang rasa kalo menulis secara kreatif tuh mcm kacang jer, wait until u join F*kop Malaysia ni..
Celaka giler, dengan bini aku skali bos kaitkan bila marah tak tentu pasal.

Kalo sempat, aku tunjukkan laa client list kat sini...
Keje kat sini memang best, asalkan kau tau buat keje kau. Tapi tuh laa, aku tak reti masalahnya. So aku asyik kena bahan laa dgn bos..

Lambatnya masa berlalu...
Well, dah nak solat Jumaat...

Kembali berblogging...

Assalamualaikom,

Dah masok bulan Mac di tahun 2011...
Dah 4 bulan aku menghilang dari alam cyber selepas berkahwin.


Apa2 pun, semoga tahun ni memberi 1001 kebahagian dari tahun2 sebelom ni.

Moga rezeki jua turut bertambah...

Ya ALLAH... permudahkanlah urusanku... AMIN.